| HESCOM 07 di DBP pada 15.12.07
|
|
| Gambar-gambar | Klik DI SINI dan DI SINI |
| Laporan Penilaian |
MUKADIMAH Satu ciri yang baik untuk penilaian Hadiah e-Sastera.Com 2007 ialah bahawa nama penulis semua karya yang dinilai tidak diketahui sama sekali oleh panel penilai. Penilai diberikan senarai karya sahaja untuk dinilai. Dengan kaedah ini, penilai didapati bebas daripada sikap sendeng atau bias atau sebarang sifat dan sikap berat sebelah. Cara ini juga berhasil mengelakkan perasaan tidak puas hati yang boleh menjejaskan kesahihan keputusan penilai. Hanya satu kemungkinan sahaja dapat berlaku, iaitu kredibiliti penilai yang dianggap tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup untuk membuat keputusan pemenang hadiah e-Sastera.com 2007 (Hescom 07). Jika wujud desas-desus seperti ini, penilai memikul tanggungjawab dengan sepenuhnya agar pemilihan penilai Hadiah e-Sastera untuk tahun-tahun yang akan datang difikirkan semula oleh sekretariat Hadiah e-Sastera. Dengan rendah hati, penilai merakamkan ribuan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepadanya itu dan telah sedaya upaya dilaksanakan seadil yang mungkin. Sebarang sikap negatif telah diketepikan sehabis-habisnya demi memelihara kesahihan keputusan yang dibuat untuk menentukan para pemenang hadiah daripada berbagai-bagai kategori itu.
Beberapa garis panduan digunakan untuk menilai mutu sajak. Sajak yang dipilih haruslah mengandungi ilmu pengetahuan, nilai pengajaran sama ada langsung atau tak langsung, nilai estetik, nilai sentuhan intelektual, rasa dan emosi serta teknik yang menunjukkan pembaharuan, selain bersifat bebas. Oleh sebab e-Sastera.com merupakan ruang eksperimen yang tidak terikat dengan syarat-syarat penerbitan, penilaian yang dibuat menghormati kebebasan ini, asalkan pemikiran yang terkandung di dalamnya bersifat positif dari segi perjuangan moral insaniah dan aspirasi negara. Keutamaan diberikan kepada nilai estetik atau pengucapan maksud secara berseni dengan menggunakan kata-kata secara terpilih dan mengandungi makna yang menjunjung keperibadian bangsa dan budaya. Ukuran terakhir ialah seni wacana yang terbentuk dalam kesatuan kereativiti yang utuh, berinterpretasi dan telus. Yang berikut ialah kekuatan yang telah menyebabkan lima buah sajak dipilih sebagai pemenang Hescom 07: Sajak yang memenangi Hadiah Pertama didapati berhasil menunjukkan keupayaan estetik yang berkesan. Kekuatan yang menyebabkan sajak ini dipilih terletak pada teknik pengungkapan yang bebas dan berlangkah ke depan dari segi pembentukan imej secara berseni. Penggunaan kata tersusun secara terpilih dan berhasil melafazkan falsafah pembentukan tamadun manusia yang tersalah tafsir , kononnya atas nama kemajuan dan kebijaksanaan tamadun dunia yang maju, meskipun bersalahan dengan nilai kemanusiaan yang benar dan yang harus dibanggakan. Seni pengucapan idea berhasil menimbulkan sentuhan intelektual yang boleh dijadikan sebagai unsur pengajaran dan iktibar kepada pembaca. Pemikiran yang dilafazkan terbentuk dalam kesatuan yang utuh. Sajak yang memenangi Hadiah Kedua mengandungi mesej yang membentuk semangat kecintaan kepada negara, bahawa petualang merupakan duri dalam daging yang mesti diajar. Seni pengucapan mesej atau pemikiran berkemampuan mengekalkan nilai estetik dan pengucapan maksud secara puitis. Dari segi teknik, gaya penyampaian idea bukanlah suatu pembaharuan tetapi suatu perbezaan yang menarik sebagai gaya yang dapat memikat minat pembaca. Seni penyampaian idea berhasil menimbulkan kesan rasa dan perasaan yang dekat dengan pembaca.
Sajak yang memenangi Hadiah Sagu Hati Pertama mengungkapkan fikiran yang terbentuk secara tersusun dan saling mengukuh. Perbandingan digunakan sebagai alat pengukur bagi membezakan dua kesan perbuatan manusia, antara yang tidak berfaedah dengan yang diredhai Tuhan. Pernyataan hujah agak menarik dalam perbandingan yang digunakan bagi mencari kebaktian hidup yang dapat menjamin kehidupan manusia yang bahagia. Falsafah kebahagiaan yang diucapkan secara berseni, dan pada umumnya berhasil mengekalkan nilai estetik melalui penggunaan kata yang bermakna dan berkaitan pada pengungkapan mesej puisi. Sajak Hadiah Sagu Hati Kedua pula menarik dari segi penggunaan dialog sebagai teknik pengikat fikiran dalam konteks menyampaikan amanat dan pesanan yang berguna kepada anak-anak generasi baru. Kebodohan anak bangsa yang tidak menyayangi harta warisan nenek moyang, yakni negara, menyebabkan anak bangsa berputih mata apabila orang lain menikmati kesenangannya. Iktibar ini disampaikan dengan indah melalui teknik pesanan dan pengajaran. KATEGORI SAJEN “Sajen” ialah istilah yang dicipta oleh eSastera.com untuk maksud ‘Sajak Jenaka’. Karya dalam kategori ini dinilai mengikut mesej yang berkias, berkilasan dan disampaikan secara berjenaka, iaitu yang diukur mengikut makna lucu kata-kata yang diungkap secara terpilih dan tersusun indah dalam ujaran. Penilaian memberi keutamaan kepada nilai jenaka yang dihidupkan untuk membawakan mesej yang mempunyai unsur pengajaran yang disampaikan dengan mengekalkan nilai estetik atau seni keindahan dalam penciptaan sajen. Sajen yang memenangi Hadiah Pertama indah dari segi pernyataan maksud. Kata-kata yang digunakan mempunyai kuasa sindiran yang menggelikan hati. Sajen ini mempunyai sentuhan intelektual yang mengilas perbuatan pihak berkuasa yang curang dan tidak amanah sehingga kemegahan objek kemajuan yang begitu mahal dibayar dan dikembalikan dengan kualiti yang rendah dan tidak munasabah. Kilasan ini merupakan suatu tamparan kepada golongan yang berwajib supaya kelemahan seperti itu tidak berulang, selain menjadi unsur sindiran ‘cliché’ yang dipersendakan. Sajen yang memenangi Hadiah Kedua mempersembahkan nilai kejenakaan yang menarik. Pengucapan idea dilafazkan dengan menggunakan kata-kata yang indah dan sesuai dari segi makna yang dikaitkan dengan mesej. Ironi yang digunakan dalam mempertentangkan idea utama dengan idea yang tidak sepatutnya timbul menjadikan peristiwa jenaka itu memiliki sentuhan rasa dan perasaan yang indah dan berimplikasi pengajaran, bahawa dalam kehidupan ini manusia harus berhati-hati kerana tidak semua orang berasa senang hati dengan kebahagian yang orang lain miliki. Sajen yang memenangi Hadiah Ketiga mempunyai unsur jenaka yang mengundang perasaan ‘geli hati’ kepada pembaca. Gaya pengucapan peristiwa menunjukkan perkaitan yang logik tetapi bersifat ‘seloroh’. Walaupun fikiran yang dilafazkan bersifat jenaka, maksud di sebaliknya masih dapat dilihat mempunyai perkaitan dengan kehidupan seharian. Dalam kehidupan, perkara yang sama tidak mungkin dapat dilakukan bila situasinya berbeza. Teknik lontaran jenaka melalui penerbalikan idea menghidupkan kelucuan estetik pada sajen. Hadiah Sagu Hati Pertama mengandungi unsur jenaka yang menimbulkan kelucuan. Maklumat yang digunakan untuk melahirkan fikiran tertentu didapati memadai untuk melafazkan fikiran di sebalik nilai kejenakaannya. Sajen ini mengandungi pengajaran bahawa manusia sering tidak mengaku membuat kesalahan sedangkan kesalahannya itu kesalahan yang paling ketara dan yang dia sendiri tidak mampu menyembunyikannya daripada pengetahuan orang lain. Sajen Sagu Hati kedua mengandungi nilai jenaka tentang niat dan impian yang tak sampai kerana tersalah objek dan alamat. Penggunaan katanya bersifat seloroh tetapi tergabung dalam wacana yang berhasil mengikat kesatuan idea dalam nada yang bersifat jenaka.
KATEGORI CERPEN Karya dalam kategori ini dinilai berdasarkan teknik penulisan genre cerpen, dengan memasukkan nilai intelek dan nilai pembinaan tamadun bangsa pada mesej, serta kesan kepada pembaca. Pemikiran yang terkandung dalam mesej diteliti supaya mendukung nilai pembentukan masyarakat yang bersih, selain sejajar dengan aspirasi negara. Hal-hal lain yang bersifat positif, seperti kandungan nilai motivasi dan nilai moral yang membina peribadi insan yang mulia serta nilai pengajaran turut diambil kira dalam usaha penilai membuat keputusan untuk pemenang yang layak menerima hadiah. Ketiga-tiga hadiah utama ditentukan pemenangnya berdasarkan kekuatan masing-masing yang berbeza. Karya Hadiah Pertama berhasilkan menyampaikan falsafah pemikiran tentang kepemimpinan yang berkesan. Teknik jenaka digunakan untuk menimbulkan kesan rasa dan intelektual pada mesej yang dibentuk. Olahan yang menyatukan peranan watak dan idea yang ditampilkan menarik dan bernas. Terdapat unsur pengajaran yang dapat digunakan oleh pembaca untuk menilai kualiti kepemimpinan dan pembentukan kerjaya berkeperibadian oleh individu dalam masyarakat yang berkembang maju di zaman moden ini. Jalan cerita yang terjalin secara tersusun berhasil menimbulkan kesan pendidikan dan keindahan pada karya. Kelebihan ini menempatkan karya ini terpilih di tempat teratas. Hadiah Kedua mempunyai kekuatan pada mesej Islaminya. Pengutamaan nilai insaniah ke aras mujahadah nafsu duniawi membuatkan pembaca terajak berhati-hati supaya tidak tertipu dengan keindahan lahiri yang tidak menjanjikan nikmat hakiki dalam keperluan menanam kecintaan pada keindahan batini yang mengarah kepada keimanan sejati dan keagamaan yang maknawi. Watak heroin berfungsi sebagai simbol keindahan lahiri, manakala perjalanan hero adalah perjalanan agama yang merupakan simbol keindahan batini. Keupayaan karya menghubungkan dua perjuangan nilai yang diperlukan dalam kehidupan manusia yang beriman berhasil menghidupkan sentuhan jiwa dan akaliah secara seimbang dalam karya. Kelebihan ini menempatkan karya ini terpilih sebagai pemenang Hadiah Kedua. Pemenang Hadiah Ketiga ditentukan atas kekuatan pengolahan cerita yang berhasil mengaitkan peristiwa dengan konsep kemanusiaan yang diperlukan oleh manusia tetapi tidak dijadikan asas peperangan di Timur Tengah. Peperangan seolah-olah dijadikan lesen yang sah untuk melakukan pembunuhan atas nama kemanusiaan di sebalik kekejaman kuasa Zionis dan agenda propaganda perdamaian negara Barat seperti Amerika Syarikat. Peristiwa tragis berkesan menimbulkan sentuhan rasa dan perasaan pembaca dari segi nilai kemanusiaan yang diputar-belitkan dari kaca mata pemikiran Zionisme. Pengolahan cerita yang berhasil menghubungkan peristiwa tragis berdarah dengan nilai kemanusiaan yang dipersendakan membuatkan karya ini dipilih untuk memenangi Hadiah Ketiga dalam senarai pemenang hadiah utama. Karya cerpen yang memenangi Hadiah Sagu Hati mengandungi muatan ilmu pengetahuan agama Islam dan menggunakan hadis dan firman Allah bagi dijadikan asas bukti tentang betapa sempurnanya ajaran Islam itu untuk kehidupan manusia yang bahagia dan selamat. Teknik karya dengan menggunakan pesanan melalui kiriman surat sesungguhnya teknik karya lama yang berkesan. Karya ini membuktikan kajian dan muatan pengetahuan yang agak mendalam bagi digunakannya untuk menyampaikan kebenaran pada mesej cerpen. Penggunaan teknik yang mudah seperti itu menempatkan cerpen ini layak dinilai untuk hadiah sagu hati sahaja. KATEGORI ULASAN SAJAK Karya dalam kategori ini dinilai menurut perspektif kritikan puisi. Hadiah pemenang ditentukan berdasarkan kualiti penulisan ulasan mengikut aspek tertentu yang dipilih sebagai dasar ulasan, atau menurut pengetahuan pengulas yang luas dalam ilmu kesusasteraan semasa membuat ulasan terhadap puisi tertentu yang diulas. Aspek lain yang menjadi unsur penentu karya yang dipilih sebagai pemenang ialah penggunaan bahasanya yang jelas dan berkesan.
KATEGORI 50 MELAYU TERBILANG Penentuan hadiah untuk kategori 50 Melayu Terbilang dilakukan berdasarkan format penulisan biografi tentang seseorang tokoh Melayu yang pernah wujud. Penilaian tidak dibuat mengikut ketokohan seseorang sebagaimana yang sering diketahui umum dalam sejarah bangsa dan kebudayaan Melayu. Sebaliknya penilaian dibuat berdasarkan sifat-sifat dan ciri penulisan biografi mengikut kriteria seperti yang digariskan oleh sekretariat Hadiah e-Sastera.com 2007. Berdasarkan garis panduan tersebut beberapa hasil tulisan biografi diteliti, termasuklah kualiti kemelayuan tokoh tersebut dan penggunaan bahasa deskriptif yang baik. Selain itu, kriteria jumlah kata yang dicadangkan oleh panduan penulisan biografi turut menjadi titik-tolak penilaian. Oleh sebab itu, karya yang lengkap dan betul dari segi format penulisan biografi berubah dari segi kedudukan tangga pemenangnya apabila jumlah perkataan yang dituliskan melebihi dengan banyaknya daripada had yang ditentukan oleh syarat penulisan biografi. Yang berikut ialah mutu penulisan biografi yang memenangi hadiah kategori 50 Melayu Terbilang: Setelah semua karya dinilai, Hadiah Pertama dimenangi oleh karya penulisan tokoh Melayu yang telah banyak berjuang bagi menegakkan maruah bangsa dan kedaulatan bahasa Melayu seperti mana yang tercatat dalam fasal 152 Perlembagaan Persekutuan. Bagi tokoh ini, sebarang peruntukan yang telah dipersetujui dan disediakan oleh Perlembagaan, termasuk beberapa akta bahasa kebangsaan kemudiannya, mestilah dilaksanakan dengan sepenuh tanggungjawab oleh negara. Ketokohan Melayu yang dibanggakan ini terletak pada keberaniannya menyatakan yang benar dan mengkritik pihak tertentu yang dikatakan mengkhianati kepercayaan orang Melayu terhadap bahasa dan maruah bangsa Melayu. Perjuangan ini membuatkan beliau digelar pembela masyarakat. Penulisan biografi tentang sumbangan dan baktinya kepada masyarakat dan negara dibuat mengikut format yang betul serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh hescom07. Karya ini berhasil menimbulkan kesan rasa terhadap ketokohan beliau dalam memperjuangkan nasib bangsa dan bahasa Melayu yang kita cintai. Tokoh yang dituliskan ketokohan Melayunya itu ialah Sasterawan Negara Usman Awang, iaitu nama yang tidak asing lagi dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu. Hadiah Kedua dalam kategori 50 Melayu Terbilang diberikan kepada karya yang berjudul Irwan Abu Bakar. Karya ini dinilai mutu penulisannya dari segi ketokohannya sebagai orang Melayu yang terulung menyebarluaskan hasil-hasil kesusasteraan Melayu di persada kesusasteraan antarabangsa, sehingga hasil-hasil kesusasteraan Melayu merentas benua dan dikenali oleh masyarakat dunia sekarang ini melalui e-majalah esastera.com. Tokoh Melayu ini telah menempa sejarah pertama lonjakan baru dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu hingga hari ini. Usaha ini telah berhasil mencetuskan kebanggaan baru yang menabalkan tokoh ini layak dianugerahi antara salah seorang Tokoh 50 Melayu Terbilang pada masa ini. Kesedaran seorang Profesor Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan bioperubatan di Universiti Malaya tentang pentingnya peranan kesusasteraan dalam kehidupan sains dan teknologi tentunya menjadi kebanggaan bangsa Melayu yang tidak ternilai tentang harga sumbangannya kepada bangsa dan negara. Selain mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh hescom07, karya yang ditulis menepati format penulisan biografi yang baik. Gaya penulisan berhasil menimbulkan kesan rasa tentang kualiti ketokohan Melayu yang layak menerima Hadiah Kedua dalam kategori 50 Melayu Terbilang. Hadiah Ketiga telah dimenangi oleh karya biografi yang berjudul Za’ba. Ketokohan Melayunya diukur daripada sumbangannya sebagai tokoh bahasa dan tokoh persuratan Melayu. Ketokohan Za’ba sebagai Pujangga Melayu yang terulung itu berhasil dikemukakan dengan berkesan dan bermaklumat, terutama dari segi usaha tokoh tersebut untuk memperkasa dan mendaulatkan bahasa dan nahu Melayu dalam hasil tulisan berbentuk karya agung. Pemenang Hadiah Ketiga ditentukan berdasarkan kualiti penulisan biografi dan bukannya berdasarkan nama tokoh Melayu yang dituliskan itu. Pemenang Hadiah Keempat ialah karya biografi yang berjudul Tun Salleh Abbas. Walaupun penulisan karya dilakukan mengikut format penulisan biografi yang betul, penekanan yang terlalu ditumpukan pada krisis perundangan negara menyebabkan penyampaian maklumat dan konsep ketokohan berdasarkan sumbangannya kepada negara tidak seimbang. Keistimewaan beliau sebagai tokoh Melayu yang besar dan dapat dibanggakan berpunca daripada keberaniannya mempertahankan maruah dan kedaulatan undang-undang. Ketokohan ini berhasil disampaikan dengan berkesan dalam bentuk penulisan biografi. Bahasa yang digunakan jelas tetapi jumlah perkataan yang digunakan dalam penulisan melebihi dengan banyaknya daripada had yang ditetapkan oleh syarat hescom07. Justeru, karya ini layak untuk memenangi Hadiah Keempat dalam kategori 50 Melayu Terbilang 2007. Kesimpulan Penilaian yang dibuat dalam usaha menentukan pemenang hadiah esastera.com 2007 ialah kualiti karya yang diukur dari segi seni penciptaan genre tertentu seperti sajak dan cerpen. Daripada sejumlah karya cerpen yang dinilai itu terdapat karya yang menarik dari segi teknik pengolahan ceritanya, dengan struktur genre yang dibina dengan bahasa yang baik, tetapi tidak dapat dinilai untuk memenangi tempat pertama atau kedua. Keputusan ini dibuat kerana pengarangnya memasukkan konsep pelambangan yang tidak licin pada usaha melafazkan fikiran yang mahu dimajukannya dalam karya. Penilaian terhadap karya sajak didapati tidak menimbulkan masalah dalam penilaian. Kualiti penulisan biografi pula ditentukan berdasarkan format dan syarat penyertaan Hadiah e-sastera 2007. Dalam penentuan pemenang untuk hadiah penulisan biografi, kebolehan penulis menonjolkan nilai dan kualiti ketokohan Melayu yang dimiliki oleh tokoh tertentu yang dituliskan itu merupakan pertimbangan paling penting dalam kerja penilaian. Perjuangan tokoh dalam bidang ilmu pengetahuan baru yang diceburinya dan dapat dianggap sebagai pembuka jalan kepada pengenalan karya kesusasteraan Melayu di persada kesusasteraan antarabangsa di zaman kemajuan globalisasi yang mencabar ini turut diambil kira dalam kerja penilaian penulisan biografi. Rata-rata aspek format dipatuhi dengan tepat oleh penulis biografi, tetapi aspek pernyataan hujah pemilihan tokoh dan panjang karangan didapati berbeza-beza. Berdasarkan hal-hal yang demikian itu, karya penulisan biografi yang lengkap dan menepati formatnya tetapi tidak menepati syarat kepanjangan yang disyaratkan terpaksa diperangkat pada tangga pemenang yang bukan di tempat pertama atau kedua. Kedudukan tangga pemenang pasti akan berubah jika penulisan biografi yang baik seperti itu mengikuti syarat jumlah perkataan dalam lingkungan yang ditetapkan oleh Hadiah esastera.com 2007. Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, keputusan yang dibuat adalah muktamad. Sekian dimaklumkan. Terima kasih. 10hb. Disember 2007
|
| Keputusan |
Laporan Keputusan Hescom 2007 Anugerah Khas
1. Airmas- ahli
yang telah menghidupkan genre Lagu Puisi di esastera (RM100)(tidak
hadir)
Anugerah Peserta Luar Negara |
!!!
TERBARU (15.12.07) : MAJLIS AKAN
DIADAKAN DI BALAI SYED NASIR, ARAS
BAWAH, BANGUNAN LAMA DBP !!!
|
Hadiah e-Sastera.com 2007 Untuk karya yang disiarkan dalam tempoh 1.07.2006 - 30.6.2007***
PIALA PUSINGAN sumbangan: SDR. NIK ZAFRI ABD MAJID
|
ANUGERAH Kelayakan menyertai Hescom 07 adalah seperti yang berikut: (1) Mendapat tiga bintang di komuniti Profil atau telah menyiarkan biodata lengkap di esasterawan.net, kecuali ditentukan sebaliknya oleh Founder. (2) Menyiarkan sekurang-kurang satu karya (dalam genre yang berkenaan) dalam dua bulan terakhir tempoh sayembara (1.5.07-30.6.07). Founder boleh mengecualikan syarat ini untuk genre tertentu, jika perlu (misalnya, kekurangan peserta). (3) Peserta telah menyiarkan bilangan minimum karya dalam tempoh anugerah, 1.7.06-30.6.07. Bilangan minimum ialah sekurang-kurangnya 12 karya untuk puisi/sajen dan 6 karya untuk cerpen/episod novel. Dalam keadaan tertentu, penulis yang kekurangan SATU karya akan dibenarkan mengambil bahagian. (4) Mereka yang berikut TIDAK layak dipertimbangkan untuk mana-mana anugerah: (a) Pengasas eSastera, isteri, dan anak-anaknya; (b) Administrator, isteri, dan anak-anaknya (bagi genre yang berkenaan sahaja); (c) Sasterawan Alam Siber; (d) ahli yang digantung keahliannya (taraf X) atau diturunkan ke taraf Y. Berikut ialah senarai peserta yang layak dipertimbangkan, tertakluk kepada syarat-syarat tambahan yang berikut: (1) Peserta telah menyiarkan bilangan minimum karya dalam tempoh 1.7.06-30.6.07 (iaitu, sekurang-kurangnya 12 karya untuk puisi/sajen dan 6 karya untuk cerpen/episod novel); dan (2) peserta berkenaan mengemukakan kepada kami TIGA buah karya pilihannya (dalam genre yang berkenaan), diambil daripada karya yang TELAH disiarkan di esastera.com dalam tempoh 1.07.06 hingga 30.6.2007. Karya hendaklah dihantar kepada drirwan1@gmail.com selewat-lewatnya pada tarikh yang berikut:
Sajak:
Ahad 11.11.07 (dilanjutkan ke Selasa 20.11.2007). Anugerah Penyair Alam Siber 2007 (APAS 07) (Hadiah utama: RM2007.00) (1) Abdulahjones. (2) Airmas_SZ. (3) Aiza Zizan. (4) Aziz Abidi. (5) Azmi Rahman. (6) Azree Ariffin. (7) Brirasa. (8) Hani Hamsyari. (9) Ilhami. (10) Jebatsari. (11) Insan Yalin. (12) Juan_Enrique. (13) Kalamutiara. (14) Kalemas. (15) Kingbinjai. (16) Lintang Sugianto. (17) Merdu Andika. (18) Nimoiz T.Y. (19) Nissa Yusof. (20) Ode. (21) Ramy0722. (22) Sarikeisarawak. Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber 2007 (ASJAS 07) (Hadiah utama: RM1000.00) 1. Ramy. 2. Ahkarim. 3. Ode. 4.
Kalamutiara. 5. Kerisakti. 6. Tabiralam. 7. KaleMas. 8. Azmeen. Anugerah Cerpenis Alam Siber 2007 (ACAS 07) (Hadiah utama: RM1000.00) (1) Ida Nardiel. (2) MuhdZakir. (3) Naimisa. (4) Insan Yalin. (5) Kerisakti. (6) Aziz Zabidi. (7) Hafeziftiqar. (8) Ahkarim. (9) Aan Mansyur. (10) Hani Hamsyari. Anugerah Novelis Alam Siber 2007 (ANAS 07) (Hadiah utama: RM1000.00) Tiada yang melepasi keperluan teknikal. Anugerah Haiku Melayu Alam Siber 2007 (AHMAS 07) (Hadiah utama: Yen10,000.00) (1) Alwaris. (2) Clover. (3) Tabir Alam. Pemenang Keseluruhan (Piala pusingan Nik Zafri) Akan ditentukan. Anugerah khas & Memeranjatkan (Anugerah Penyapu)
|
| Tarikh: Sabtu 15.12.2007 (8:30 pm) Tempat: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (Balai Syed Nasir, Aras 1, Bangunan Lama DBP)
|
SAYEMBARA 1. Menulis Sajak 1/07 "Maulidul Rasul 2007" (RM3x100) 2. Menulis Puisi 2/07 "Hari Ibu 2007" (3xRM100) 3. Menulis Sajak 3/07 "Nurin" (3xRM100) 4. Sayembara Mengulas Sajak II (RM200, RM100, RM50) 5. Sayembara Sempena 50 Tahun Kemerekaan I (RM2,050)
5.1 Sayembara 50 Melayu
Terbilang (RM1650=RM1000, RM300, RM200, RM150) 6. Sayembara Sempena 50 Tahun Kemerekaan II
6.1
Menulis Puisi Tradisional
7. Komuniti Sajen
7. Komuniti Pantun
8. Esasterawan
|
| JAWATANKUASA
Pengerusi: Dr. Irwan Abu Bakar |
|
| ATUR CARA: Sabtu 15.12.2007 (8:30 pm) Penyampaian
Anugerah/Hadiah Persembahan Jemputan: Ahad 16.12.2007 (8:30 am) Makan pagi di rumah Drirwan dan Cikgu Hasimah
Tetamu Istimewa: Dato' Dr. Firdaus Haji
Abdullah, KP DBP *Minta maaf;
ada program di Singapura
|
Susunan Acara
7.30 Pendaftaran (Haniff, Nimoiz). |
|
Persembahan Persembahan Jemputan:
Lagu-lagu puisi oleh Deklamasi/Nyanyi puisi oleh: SN S. Othman Kelantan, Dinsman, AGI, Irwan Abu Bakar, Haniff Romai Noor, Salman Sulaiman, Ode, Putera Baginda, Rudy Bluehikari (haiku), M N Iskandar & Kalemas (duet), Ahkarim, Dr. Victor, Airmas_SZ, dll. Pelancaran
1. Buku Probest,
Budak Kayu.
|
|
|
MENU MAKAN MALAM Caterer: Restoran Puteri (Rubiah Suparman)
Nasi Putih Pencuci Mulut: Cendermata Kehadiran (Door Gift) |
SENARAI KEHADIRAN (Kemaskini 15.12.07, 10:44 am)
Kod Pakaian Nama (warna hijau = sudah bayar; warna biru = kes khas; merah = tak jadi datang) Hescom 07, Sabtu 15.12.07 (Senarai Kehadiran): Jemputan/Media: Irwan Abu Bakar, Hasimah Harun, Wakil KP DBP, SN S. Othman Kelantan, Dinsman, Pengadil, wakil PENA, Wakil Gapena, YB Abdul Fattah, Raja Ahmad, AGI dan isteri, Razali Endun dan Isteri, Ummu Hani dan Ummu Hani 2. Peserta:(1-2) Rudy Bluehikari. (3) Ramy. (4) Rimanilzah. (5-8) Abdul Rahim. (9) Ode. (10) Kalemas. (11) MN Iskandar. (12) Kalamutiara. (13-14) Ahkarim. (15) Jebatsari. (16-18) Hani Hamsyari - seorang junior. (19-21) Aiza Zizan - seorang junior. (22) Salman Sulaiman. (23) Azmi Rahman. (24-25) Lonelyroseblack. (26-27) Aziz Zabidi. (28-30) Anbakri. (31) Haniff Romai Noor. (32) Nimoiz T.Y. (33) Naimisa (RM50). (34-35) Nik Zafri. (36-37) Putra Baginda. (38) MohamadZaki Sahad. (**) Roslie Sidik. (39) AttOk. (40) Damak. (41-42) Dahrie. (43) Ahmad Ridwan. (44-45) Tabir Alam. (46) Kerisakti. (47) Wan Zul. (48) Hilmi. (49) Adnan MN. (50-51) Wan Azizah & Ayu Syahida. (52-55) Ylangylang. (56). Mardhiah Yusoff. (57-58) Airmas_SZ. (59) Dr. Victor Pogadaev. (60) Imran Husin. (61) Ungol. (62-63) Zuraima. (64) Ilhami. (65-66) Kingbinjai. (67) Muhd Zakir Md Saad Al Qadry. (68) Muhammad Firdaus Mohd Zublie. (69) Mokhtar Sah Malik. (70) amohdfahmi. (71) Camar Putih (Choy). (72) Juan Einriqie (73) Alina. (74) Harith. (75) Kablam, (76) Wan Muna. (77-78) Amir Mukhriz. (79) Ummu Hani 3. (80-81) Zaitun 2. (82) Zubaidah. (83) HMS Abu Bakar. (84-86) Pyan Habib. (87-88) La Khauf. **Tak jadi hadir
PERHATIAN: makan pagi 16.12.07 di rumah Drirwan dan Cikgu Hasimah.
Untuk hadir, sila daftar diri anda di: Papan Nota
Komuniti "Penyair" atau
e-mel: esastera@gmail.com.
VIP
Jemputan
|
| Sila daftar diri untuk hadir Daftar di: Papan Nota Komuniti "Penyair" atau Bayaran Makan Malam: RM30.00 seorang
***Hanya
ahli yang hadir di malam Hescom akan diberi hadiah yang dimenangi.
Hadiah untuk pemenang yang tidak hadir akan menjadi hak milik
penganjur. |
|
| Pengurus Acara: Esastera Enterprise
|